Rock & Stars 2012 | Nidji D'masiv Geisha Astrid
Malaysia sudah digemparkan dengan kehadiran empat bintang Indonesia popular terkini pada bulan Mac yang lepas selama lima (5) hari berturut-turut dengan aneka rangka promosi dan persembahan khusus untuk semua peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan selama ini. Persembahan yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia dan Rumpun Records selaku syarikat rakaman untuk kumpulan Nidji, D'Masiv dan Geisha serta artis solo yang cukup popular, Astrid tiba di negara pada 8 Mac 2012 menaiki penerbangan Air Asia selaku penerbangan rasmi acara jelajah ini.
Sebuah sidang akhbar dianjurkan pada hari pertama kehadiran mereka itu diadakan di Micasa All Suite Hotel, Kuala Lumpur, yang juga penginapan rasmi kesemuaartis terlibat dan turut disertai semua penaja yang memberi sokongan kepada rangka promosi ini. Antara penaja lain termasuk @Loft sebagai penaja lokasi persembahan, Dapur Penyet sebagai katerer rasmi, Redbox dan Redbox Plus sebagai penaja bersama, Suria FM sebagai radio rasmi, dan S2Studio sebagai jurugambar rasmi